Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai, Johor

Warisan Tradisi dan Penemuan Baru

Khamis, 25 November 2010

1. Saya tertarik dengan kenyataan mantan Profesor Madya Program Sains Politik UKM Ghazali Mayudin yang menulis dalam Harakah mengenai PAS Baru dalam Era Politik Baru . Suatu pandangan yang kritis dan wajar ditekuni oleh pemimpin PAS di semua peringkat termasuk diri saya sendiri . Tahniah di atas pandangan yang dikemukakan dan saya pada dasarnya bersetuju dengan pandangan tersebut meskipun ada pengecualian pada satu atau dua  perkara yang saya berbeza pandangan dengan beliau.

2. Iklim politik sememangnya telah memasuki era baru yang menjadikan pentasnya lebih lebar , situasinya kian mencabar , saingannya makin getir dan isu - isunya bergerak pantas. Mendepani fenomena seperti ini pastinya seluruh jentera parti yang terdiri dari pemimpin dan anggotanya tidak lagi boleh rehat panjang dan sambil lewa dalam melaksanakan tugas atau amanah perjuangan suci yang disandangnya.

3. Mesti keluar dari zon lama atau wajib membebaskan diri dari cara fikir , cara tindak dan cara dekat yang lama kepada satu pemikiran , tindakan dan pendekatan yang baru dan berkesan tanpa perlu menafikan warisan tradisi lama yang soleh. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah menggandingkan warisan tradisi lama yang soleh dengan penemuan - penemuan [ kaedah atau pendekatan ] baru yang bermanafaat dan berkesan untuk mencapai matlamat perjuangan .


Read more...

Ketua Dewan Pemuda

Zaaba Bin Hj. Ibrahim

No Tel: +6019 708 4423

Alamat:
215, Jalan Simbang 18, Taman Perling,
81200 Johor Bahru

  © Blogger templates by Ourblogtemplates.com 2008

Kembali ke atas